SG COZY

SG COZY

Monday, 12 December 2011

Hukum Membela Haiwan di dalam Sangkar

Assalamualaikum dan hello semua...
yer mmg lama sgt2 xupdate blog..
bukan tu je, pouch pun dah lama xjahit. bila org order n dah bank in je baru jahit.
sbb kat kedai dah xde pekerja. semenjak si mamat (aku xleh sebut nama dia sbb die lari camtu je tanpa notis memaang aiii ade pkataan yg xsepatutunye kuar jap lg,,,,----> sory emo jap)
hah smenjak xde pkerja nih sy la yg kena jahit langsir2 kat kedai smentara tunggu pkerja baru . tu pn lama tunggu masih xdpt2 dah kat sebulan dah walaupn dah advertise banyak kali kat METRO. 

so sy nak try test advertise kat sini lak haha

Sesiapa yg BERPENGALAMAN  menjahit brg2 hiasan dalaman spt langsir, cushion cover, comforter, tea pot dll boleh dtg utk intebiu okehh. serius nih,,,xmain2,  hehehe

okeh.,..
act arini sy nak kongsi sikit ttg hukum memelihara binatang di dalam sangkar.
sebelum ni kan sy slalu tertanya2
"dosa ke letak binatang dlm sangkar"?
"ish aku rase happy tgk ko (binatang) tp ko happy ke dlm sangkar ye??"
"wahai binatang kesayanganku, adakah ko terseksa atau sebaliknya??"

yess persoalan tersebut sering terbayang2 di fikiranku,,,,

sehingga ada satu masa sy hampir2 nak jual semua binatang sy sebab rasa hdup penuh dgn dosa ...
tp sblum sy membuat keputusan utk jual, sy berdoa banyak2 supaya Dia berikan sy petunjuk..
sehinggakan sy termimpi2 sugar glider sy (tania) . dlm mimpi tu tania tgk je sy xde reaksi ape2 la n sy pn xfhm pe maksud mmpi tersebut..

dan...tiba2 baru sy terfikir utk rujuk hadis2 ttg hukum membela haiwan ni...

dan sekarang, terjawablah segala persoalan:

Hukum Membela Haiwan Dalam Sangkar

Apakah hukum memelihara binatang peliharaan seperti hamster, tikus, arnab dan sebagainya di dalam sangkar seperti yang dijual di kedai-kedai binatang peliharaan.
jawapan:
Harus hukumnya memelihara binatang peliharaan seperti burung dan seumpamanya di dalam sangkar untuk melihat kecantikan atau mendengar kemerduan suaranya dengan syarat binatang tersebut diberi makan dan minum dan tidak dizalimi.
Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada riwayat tentang saudara Anas bin Malik yang digelar Abu Umair (أبو عمير) ada memelihara burung yang bernama al-Nughair (النُّغَيْرُ – seekor burung kecil). Suatu hari burung itu mati, lalu Abu Umair (masih budak) sedih dengan kematian burung kesayangannya itu. Lalu Nabi saw bergurau dengannya sambil bertanya: “Wahai Abu Umair, apa yang terjadi kepada al-Nughair.?”
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari berkata:
“Hadith ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi saw tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”
Al-Syeikh Abdul Azizi Abdullah bin Baz pernah ditanya dengan soalan ini:
“Apakah hukum orang yang menghimpunkan burung di dalam sangkar agar anak-anaknya bergembira/berhibur dengan burung-burung tersebut?”
Jawapan beliau: “Tidak mengapa perkara itu, jika disediakan kepada burung-burung tersebut keperluannya seperti makanan dan minuman, kerana asal dalam perkara ini adalah halal, dan tidak ada dalil yang menyatakan sebaliknya setakat pengetahuan kami.” (Fatawa Ulama’ al-Bilad al-Haram, m.s. 1793)
Para ulama al-Lujnah al-Daimah berkata:
“Menjual burung yang cantik seperti burung kakaktua atau burung yang berwarna-warni dan burung kecil (البلابل) kerana suaranya adalah harus, kerana melihat dan mendengar suaranya perkara yang harus, tidak terdapat nas syara’ yang mengharamkan menjual dan memilikinya. Bahkan terdapat dalil yang boleh difahami akan keharusan mengurungnya jika diberi kepadanya makanan dan minuman dan apa yang sepatutnya. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada hadith Anas bin Malik, katanya:
‏ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا ، وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ أَبُو عُمَيْرٍ ، قَالَ : أَحْسِبُهُ فَطِيمًا وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ يَا أَبَا عُمَيْرٍ مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ ؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ بِهِ
Maksudnya: “Nabi saw adalah seorang yang paling baik akhlaknya dan aku punyai seorang saudara yang dipanggil Abu Umair, aku mengira dia seorang budak yang sudah berhenti susuan, dan apabila Nabi saw datang, baginda akan bertanya: Wahai Abu Umair, apa yang telah dilakukan al-Nughair?” Nughar (sejenis burung kecil) yang dimain oleh Abu Umair…” al-Hafidz Ibn Hajar di dalam Syarhnya kepada Sahih al-Bukhari “Fath al-Bari” ketika menyebut beberapa faedah dari hadith ini berkata: “pada hadith ini adanya keharusan seorang budak bermain dengan burung, harus ibu-bapa meninggalkan anak kecil mereka bermain dengan apa yang diharuskan mereka bermain, harus menafkahkan sejumlah harta untuk keseronokan anak kecil dari perkara-perkara yang harus dan harus mengurung burung di dalam sangkar atau seumpamanya….” (Fatwa al-Lujnah al-Daimah, 13/38-40)

Lepas dah baca rasa lega sgt2...igtkan sy hidup penuh dgn dosa la rupa2nye x hihihihihihi....niat nak jual kesemua haiwan kesayangan sy terus terpadam. yelah xdosa la weh bela ,,,sbb sy ternampak ade yg mengatakan membela haiwan dalam sangkar kejam sbb xdpt bebas dan Sugar Glider is not a pet,,so skarang dah xde maknenye nak kejam2 ke ape ke sume dah ade dlm hadis...okehh :)

**erkk haritu kan sy dah post kat mudah.my utk jual tania,,sy nak DELETE BALIKKKK hahahha (aku sampai nangis taw masa nk post, tp nasib bek allah bg petunjuk,,so tania........u'll be mine foreverrrr :P,,sy happy sgt2 nih sbb leh bela binatang xdosa hihihihi)

oklah sebelum sy merepek, sampai sini jelah..jumpe lg salam bye =)))

3 comments:

  1. alhamdulillah.. saya pun ade gak bela sugar glider.. dorang ni la yang membuatkan hidup kami lebih happy

    ReplyDelete
  2. Serius terharu

    ReplyDelete
  3. Saya nk satu sugar glider boleh x?? Hanya satu jew...please... ummmm

    ReplyDelete