SG COZY

SG COZY

Friday, 28 November 2014

New Product Flap Bag / Bag Usrah / Jubah

Salam n hye...
SG COZY akn mengeluarkan design baru utk bag sg..

 Flap Bag
Akn mula dijual pd Pertengahan bulan 12 ini..
Measurement n price masih belum cnfirm dan akn diumumkan nnt..
(bag ni masih belum sempurna)

Bila ada waktu lapang biasanya malam, sy akn menjahit..
sy xla jahit brg utk pets aje sbb sy cpt boring kalau buat benda yg sama,,
 jum cuci2 mata jap..

Ini bkn bag sg tp bag utk pergi usrah...
yela kdg2 bila kta ke masjid mesti rasa malas nk bawa handbag 
 jd bag ni sgt sesuai dan nmpak bsederhana..
Sizenya kecil sesuai utk gi majlis ilmu, masjid atau surau..
boleh letak small quran, telekung travel, botol air, hp n wallet..

Tgk donut tu sweet je.. :p


Okay bag usrah dah ada, jubah pun mestila nk kene ade hehe..
Ini 1st time sy  cuba utk jahit jubah ekceli mmg dah lama nk jahit tp belum ade masa yg sesuai..
memandangkan jubah adlh pakaian harian sy jd sy mula terdetik utk cuba buat sndiri..

kbnyakn jubah biasanya kain licin jd sy kurang berminat, sy lebih suka kain cotton sbb sesuai dgn watak sy yg xlembut xayu nih haha,,sy lebih suka fabric yg boleh di bawa ke tengah n kasual,,sbb sy ni suke jalan laju2 n xreti nk cover2 jd paham2 jela kalau pakai kain chiffon ke saten ke lycra ke sgtlaaa xsesuaii 
dgn mengambil masa selama 10 jam alhamdulillah jadi juga walaupn xla perfect..

Amat puas hati..bila dah siap 1 rasa nk buat lg n insyaallah sy akn buka order bila dah mahir..
mmg dah lama sy impikan utk ada jubah rekaan n jahitan sendiri..amin

ok jmpa lg salam ;D

Wednesday, 5 November 2014

Peringatan utk Membeli Secara Online

Salam n hye..Sedikit peringatan buat anda yg hendak membuat urusniaga secara online..antara tips yg ingin sy share..

Perlukah perniagaan online berdaftar dgn SSM?

Jawapan : YA!

Kenapa?

- Selaras dgn Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yg menyatakan setiap perniagaan yg mendatangkan keuntungan harus berdaftar dgn SSM.

Setelah berdaftar, pamerkan nama n no pendaftran perniagaan.
- Keyakinan customer akn meningkat.

Pembeli : Bro ni trusted online seller ke?
Penjual  : Boleh semak dgn SSM, klik shj e-info. Sy dah daftar dgn SSM. Detail sy semua ada di situ.


****TIPS MEMBELI SECARA ONLINE***

- Semak di semua platform internet tentang seller spt BLOG, FACEBOOK, dan sebagainya. Pejual pasti akn meninggalkan "good review/feedback" sekiranya bagus dan sebaliknya.

- Pastikan nama pemilik acc no yg diberikn oleh seller sama dgn nama seller/syarikat beliau. Jika seller memberikan acc no milik org lain utk transaksi duit, ini MERAGUKAN!

- Pastikan anda mempunyai maklumat lengkap mengenai seller. Paling selamat simpan semua bukti pembayaran dlm EMAIL supaya sekiranya berlaku pertikaian, bukti tersebut boleh digunakan di Tribunal Tuntutan Pengguna. SMS, WHATSAPP n sebagainya tidak boleh digunakan sbgai bahan bukti.

- Seller juga harus pastikan bayaran telah diterima  sebelum pos brg jualan krn ada juga buyer yg tidak jujur!

Maklumat Tambahan:

SG COZY tidak pernah mempunyai agen dropship, dealer, dan sebagainya utk sebarang urusniaga buat masa ini. Jika ada akn dimaklumkan.

Hanya 1 sahaja nama pemilik akaun utk urusan transaksi iaitu acc Maybank/CIMB atas nama NOR ASHLIN. Sila jgn membuat apa2 transaksi jika selain dr nama tersebut.

ok rasanya ini shj info buat masa ni..
Seller atau buyer, moga kita sentiasa berakhlak, bersyukur, sabar, bertoleransi, jauhi takabbur  dan ego supaya kita memperoleh keberkatan dlm berniaga.

jumpa lgi salam :)